NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI?????




Pesta liar seperti 'Topless Friday Beach Party' yang mahu diadakan di sebuah kelab di Jalan Ampang Jumaat ini perlu ditentang.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, pesta seumpama itu tidak sesuai di negara ini.

"Parti tidak bermoral seperti itu perlu ditentang semua pihak supaya tidak menjadi ikutan anak-anak muda, terutama yang beragama Islam, kerana ia boleh merosakkan akidah.

"Semua pihak perlu menghormati budaya dan adab sopan masyarakat tempatan," katanya melalui kenyataan akhbar, semalam.






Menurutnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama Islam di semua negeri perlu sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral seperti ini.

“Kami mahu ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menganjurkan parti (liar) seumpama ini.

0 Response to "NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA MAU PARTI LIAR DI TENTANG KERANA TIDAK SESUAI DI NEGARA INI?????"

Post a Comment