Operator kren maut terjunam 11 tingkat


Seorang lelaki maut selepas kren dinaikinya terjatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Ara Damansara, di sini, pagi tadi.



Operator kren maut terjunam 11 tingkat, info, berita, ngeri,



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.01 pagi dan tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.




Menurutnya, jentera pertama tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 dengan kekuatan seorang pegawai enam anggota.

“Mangsa bekerja sebagai operator kren dan ketika kejadian dia berada di tingkat 11 sebelum terjatuh dan terperangkap.
“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa tidak lama kemudian dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.-HM

0 Response to "Operator kren maut terjunam 11 tingkat"

Post a Comment