PELAJAR IPT RELAKAN DIRI DIRABA PAKAR MOTIVASI TERKENAL TAKUT DIGAGALKAN SUBJEK



Arau: Risau digagalkan dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan IPT mendakwa terpaksa merelakan diri #dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.

Kini, mangsa yang berusia 20 tahun tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen & radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau, selepas selesai peperiksaan akhir semester.

Dalam kejadian terbaru pada Jumaat yang lalu, mangsa mendakwa #dicabul kehormatan termasuk #payu #daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki itu.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.

“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja #meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian #dada beberapa kali.

“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya. - Harian Metro

p/s: sejak beberapa bulan? dah lama ni... ish.. ish... ish... nak berjaya dalam subjek yang diambil, bukan begini caranya adik. Biar gagal, daripada #dicabul. MYMEDIAHUBONLINE

0 Response to "PELAJAR IPT RELAKAN DIRI DIRABA PAKAR MOTIVASI TERKENAL TAKUT DIGAGALKAN SUBJEK"

Post a Comment