Pemandu Bas Tiba-Tiba Pengsan


Pemandu bas yang membawa seramai 29 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlibat dalam  kemalangan di Kilometer 25.1, Lebuh Raya Utara-Selatan, kelmarin disahkan sihat sebelum kejadian itu.



Pemandu Bas Tiba-Tiba Pengsan , info, berita, terkini, kemalangan jalan raya, bas pelajar kemalangan



Pemangku Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut dengan menunggu hasil analisis sampel air kencing dan darah pemandu bas berkenaan yang telah dihantar ke Jabatan Kimia.





“Kita  telah merakam percakapan pemandu bas itu dan mendapati dia sihat semasa kemalangan,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati ketika kejadian pemandu itu didapati tidak mengantuk atau pitam seperti yang didakwa.

“Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak sebuah kereta yang menukar laluan secara mengejut sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga pelajar yang parah dan kritikal akibat kemalangan bas itu, kini dilaporkan stabil.

“Mereka  sudah dipindahkan ke wad biasa manakala semua mangsa yang cedera ringan dibenarkan keluar dari wad,” katanya.





Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, tiga pelajar UIAM dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini.

Manakala yang lain termasuk pemandu bas hanya mengalami cedera ringan.

Sumber : sinarharian.com.my

0 Response to "Pemandu Bas Tiba-Tiba Pengsan"

Post a Comment