Penjelasan Isu Pakaian Pelik Shila Amzah Pakai Blous Dan Legging


Kuala Lumpur: “Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul,” jawab pengurus penyanyi Shila Amzah, Ong Peng Chu menjelaskan spekulasi yang timbul di Internet sejak beberapa hari lalu berikutan penyebaran beberapa keping gambar penyanyi itu memakai gaun biru pada paras lutut dan bertudung.



Penjelasan Isu Pakaian Pelik Shila Amzah Di Beijing, penyanyi shila amzah, isu pakaian pelik shila amzah, hiburan, gossip, pakaian kontroversi shila amzah,



Penyebaran gambar berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang keliru dan hairan dengan imej Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 24, ketika menjayakan sebuah persembahan di China, baru-baru ini.


Ketika dihubungi, Ong yang kini menemani Shila di negara itu berkata, penyebaran gambar terbabit adalah perbuatan sabotaj pihak tertentu berniat menjatuhkan reputasi penyanyi itu.

“Saya tak boleh komen sebab saya pun tak baca (lagi) apa dia orang sebar di FB (Facebook) dan Twitter.
“Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube.



“Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubah suai (daripada gambar asal),” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro, petang semalam.


Shila kini berada di Beijing untuk komitmen persaingan akhir pertandingan I Am A Singer 2014 pada Jumaat ini, selain promosi dan rakaman lagu untuk album Mandarin.


Gambar yang tersebar di Internet itu menimbulkan reaksi negatif sebahagian peminat yang terkejut dengan keberanian Shila mengenakan imej yang kurang sopan untuk gadis bertudung sepertinya.

 

Sumber : Hmetro Online

0 Response to "Penjelasan Isu Pakaian Pelik Shila Amzah Pakai Blous Dan Legging"

Post a Comment