Pelakon Zul Huzaimy menyangkal laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa teman wanitanya masih bergelar isteri orang. Zul berkata, dia hairan bagaimanapun gosip berkenaan timbul dan menegaskan gosip berkenaan sama sekali tidak berasas.
“Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wanita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar,” katanya.
Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu dan menyifatkan ia sebagai perkara remeh. Jelas pelakon itu lagi, dia juga tidak kisah tentang apa juga pandangan orang lain terhadap kehidupan peribadinya kerana ia tidak memberi kesan kepadanya.
Zul berkata, biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu. Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia mula bercinta dengan wanita berkenaan sejak setahun lalu namun masih belum terfikir ke arah perkahwinan buat masa ini.
Sebagai info, Zul sebelum ini pernah berkahwin dengan Nor Dalilah Muhammad, 31, pada tahun 2005. Bagaimanapun, perkahwinan mereka gagal dipertahankan dan bercerai talak dua pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang.
0 Response to "PENJELASAN ZUL HUZAIMY, CINTAI ISTERI ORANG?"
Post a Comment