PERBALAHAN FAZURA & WARTAWAN SINAR HARIAN DI TWITTER TARIK PERHATIAN RAMAI

 Terkejut juga apabila membaca per”gaduh”an antara pelakon jelita, Nur Fazura dengan seorang wartawan hiburan sebuah suratkhabar tempatan di Twitter hari ini. Semuanya gara-gara artikel wartawan tersebut yang menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada ditanya mengenai isu “bercium di KLIA‘ ketika temuramah sempena pelancaran wangian produk terbaharu Lux.




Menariknya wartawan tersebut tidak mengambil langkah berdiam diri sebaliknya turut memberikan respons terhadap kata-kata Fazura.




Namun respek dengan Fazura yang telah pun memaafkan perbuatan wartawan tersebut. Walaupun kebanyakan peminat Fazura memohon Fazura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut, namun Fazura lebih senang untuk menamatkan isu ini dengan memberi kemaafan. Memang terbaik!!!



Sesungguhnya artis dan wartawan memerlukan antara satu sama lain. Gaduh panjang-panjang pun tak guna. Artis perlukan publisiti dan wartawan perlukan cerita mereka. Kalau ikut peribahasa, bak aur dengan tebing. Semoga ada pengajaran yang diambil daripada kontroversi ini.  - BEAUTIFULNARA

0 Response to "PERBALAHAN FAZURA & WARTAWAN SINAR HARIAN DI TWITTER TARIK PERHATIAN RAMAI"

Post a Comment