Punca Sebenar Pengasas Sendayu Tinggi Buka Purdah







Ramai mengetahui Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi telah berpurdah sejak tiga tahun lalu selepas mendapat hidayah dan mahu mengelakkan sebarang fitnah.

Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.




Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.
Terbaru, menerusi lamam blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.
Mari baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.


0 Response to "Punca Sebenar Pengasas Sendayu Tinggi Buka Purdah"

Post a Comment