RITA RUDAINI PUJI SIKAP ENGKU EMRAN




Nampaknya ramai yang menyokong tindakan dan langkah yang diambil oleh bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam usahanya untuk memenangi semula hati Erra atau dalam kata lain merujuk semula. (BACA DI SINI)

Emran, Sabtu lalu telah memuat naik gambar serta keterangan gambar yang menggambarkan misinya itu dengan Aleesya memakai tshirt yang bertulis#prayformomandayah.

Rata-rata peminat mendoakan agar mereka dapat berbaik semula kerana ingin melihat mereka sekeluarga bahagia selain demi kepentingan Aleesya sendiri.

Antara yang menyokong Emran ialah pelakon Rita Rudaini yang menulis di laman Instagramnya, bahawa Erra cukup bertuah kerana pernah mempunyai teman hidup seperti Emran yang menggelarkan Erra sebagai Syurga Aleesya (SA).

Menurut aktres itu lagi, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya.

Namun, Erra sudah pun memberikan jawapan balasnya berhubung perkara tersebut yang meminta bekas suaminya menghormati privasi serta jangan mendesaknya.

Sama-samalah kita berdoa, kerana semuanya sudah ketentuan Allah, kalau panjang jodoh mereka, pasti akhirnya bersatu jua kelak, lapor Mynewshub.

0 Response to "RITA RUDAINI PUJI SIKAP ENGKU EMRAN"

Post a Comment