RM2,000: RITA RUDAINI SEBAK, AIDIL 'BERKIRA' DENGAN ANAK SENDIRI



Awal bulan ini, dalam satu kenyataan Aidil kepada mahkamah, Aidil mengakui yang dia hanya mampu memberikan RM2,000 kepada Rita Rudaini sebagai nafkah buat anak anak mereka dan kenyataan ini mengundang pelbagai reaksi negatif dari para peminat.

Rita yang ditemubual oleh Berita Harian hari ini merasa sebak bilamana mendengar pengakuan bekas suaminya itu dan menggatakan Aidil sepatutnya tidak berkira dengan jumlah perbelanjaan zuriatnya lebih-lebih lagi di di zaman ini.

“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dnegan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” kata Rita Rudaini.

Rita bukannya tidak mampu menyara dan memberikan kehidupan yang selesa kepada anak anak tetapi sebagai seorang bapa, Aidil tidak sepatutnya melupakan tanggungjawabnya yang sepatutnya memberikan nafkah kepada anak anak. MYMEDIAHUBONLINE

0 Response to "RM2,000: RITA RUDAINI SEBAK, AIDIL 'BERKIRA' DENGAN ANAK SENDIRI"

Post a Comment