SAYU, SUAMI LIHAT ISTERI MAUT DI DEPAN MATA AKIBAT DILANGGAR BAS

 

Bayan Lepas – Seorang lelaki tergamam selepas melihat isterinya maut di depan mata akibat dilanggar sebuah bas ketika pasangan itu melintas jalan di persimpangan Taman Desa Relau di sini, pada jam 11.30 pagi semalam.

Ketika kejadian mangsa Cheong Ah Poh, 73, berasal dari Simpang Kuala kedah, Kedah, bersama suaminya berusia 70-an melintas jalan untuk ke membeli makanan di sebuah kedai.

Menurut sumber, suami mangsa yang menyangka isterinya di belakang terus menyeberang sebelum berhenti di tengah jalan berikutan mendapati wanita berkenaan masih belum melintas.

“Kerana sudah ketinggalan di belakang mangsa dalam keadaan teragak-agak melintas jalan tanpa menyedari sebuah bas menghampirinya sebelum dia dirempuh kenderaan itu yang gagal mengelaknya.

“Suami mangsa yang menoleh ke belakang terkedu selepas melihat isterinya terbaring di atas jalan, cubaannya mengejutkan wanita berkenaan juga gagal kerana dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dilanggar bas berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan padah di badan dan kepala.

Pasangan itu dipercayai datang ke negeri ini untuk berjumpa kenalan mereka di Taman Desa Relau.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Deputi Superintendan Rahim Md Din, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berkenaan, lapor myMetro.

“Kami meminta orang ramai melihat kejadian supaya tampil untuk membatu siasatan kes ini.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

0 Response to "SAYU, SUAMI LIHAT ISTERI MAUT DI DEPAN MATA AKIBAT DILANGGAR BAS"

Post a Comment