Suasana pilu selubungi pengebumian pelajar MRSM dipanah petir


SHAH ALAM – Suasana pilu menyelubungi pusara pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Johan Jasmin yang meninggal akibat dipanah petir di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 2, Shah Alam hari ini.








Suasana pilu selubungi pengebumian pelajar MRSM dipanah petir, pelajar MRSM dipanah petir, info, terkini, berita,
Sabariah menabur bunga pada pusara Allahyarham Johan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam hari ini. Gambar : ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR/ 4 APRIL 2014



Ibunya, Sabariah Harun kelihatan sugul bersama-sama ahli keluarganya yang lain semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

 




Turut hadir dan dalam keadaan bersedih ialah kakak mangsa, Farah Jasmin, 15, yang menemani ibunya dan rakan-rakan sekolah arwah di Melaka.

Johan, 13, meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) , Hospital Melaka pukul 3.50 petang semalam selepas dilaporkan kritikal.

Pelajar tingkatan satu MRSM Alor Gajah, Melaka itu dipanah petir di padang sekolahnya di Ayer Paabas.

Dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin, mangsa bersama sekumpulan pelajar lain dikatakan sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai terkena petir.

Susulan kejadian itu, Johan dihantar ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.–MalaysiaGazette

0 Response to "Suasana pilu selubungi pengebumian pelajar MRSM dipanah petir"

Post a Comment