PUCHONG: Tujuh warga asing berdepan detik cemas apabila diserang lebih 20 lelaki tempatan bersenjatakan parang, pisau dan kayu dalam kejadian samun di asrama pekerja warga asing di Taman Puchong Intan Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit merempuh masuk ke asrama dua tingkat itu lalu mengancam untuk mencederakan penghuni terbabit.
Seorang mangsa, Makaram Ali, 35, berkata, ketika kejadian, dia ingin keluar bekerja sebelum melihat kumpulan terbabit yang berada di hadapan pintu asramanya itu.
“Mereka terus mengacukan parang kepada saya lalu merempuh masuk ke dalam bilik dan memaksa saya serta rakan-rakan lain menyerahkan wang dan barangan berharga.
“Saya dan rakan-rakan lain terkedu dan hanya mengikut arahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

0 Response to "20 penyamun serang asrama pekerja"
Post a Comment