Pasangan yang baru berkahwin biasanya tidak sabar ingin punya anak . Para suami ingin isteri mereka hamil seawal mungkin . Untuk memudahkan prosesnya , anda boleh mengikuti langkah mudah agar dapat hamil dalam jangka waktu satu bulan ( Insha Allah ) . Berikut cara - caranya :-
1 . Semak kitaran haid anda : Agar dapat hamil , setiap wanita harus mempunyai kitaran haid teratur . Kerana jika kitaran mentruasi tidak teratur boleh menjejaskan kesuburan anda . Anda boleh mengambil makana yang boleh meningkatkan kitaran mentruasi anda .
2 . Menjaga kalendar ovulasi : Masa subur atau ovulasi merupakan masa terbaik untuk hamil . Bila anda ingin cepat hamil , anda boleh memprogramnya pada hari - hari anda pada saat masa subur . Biasanya , masa subur berlaku pada hari ke - 14 dari kitaran haid .
3 . Termasuk asid folik dalam makanan anda : Untuk meningkatkan proses kehamilan sertakan asid folik yang banyak mengandung vitamin parental . Asid folik juga boleh mengurangkan risiko keguguran atau kecacatan lahir . Tambah juga buah oren , kacang merah , asparagus , biji - bijian , brokoli dan bijirin Agar anda dapat hamil dengan cepat .
4 . Bercinta 2 hari sekali : Bercintalah dua hari sekali saja , kerana jika bercinta setiap hari dapat mengurangkan kuantias dan kualiti sperma yang diperlukan untuk kehamilan . Dan Cuba posisi seks yang boleh membuat sperma masuk lebih dalam . Misal kedudukan lelaki diatas , hal ini dapat membolehkan isteri cepat hamil .
5 . Sukan : Memiliki tubuh yang gemuk boleh mempengaruhi kehamilan . Dengan sukan organ - oragan tubuh anda menjadi tetap aktif dan juga boleh menurunkan berat badan .
Inilah cara agar cepat hamin dalam sebulan secara semula jadi . Keinginan anda untuk hamil dalam masa satu bulan bukanlah impian . Kerjasama anda dengan pasangan anda sangat diperlukan untuk membuat kehamilan cepat berlaku . Jangan lupa disertai dengan do'a :) .
Terimakasih , semoga bermanfaat .
0 Response to "5 Cara Agar Cepat Hamil Dalam Sebulan Secara Semulajadi !"
Post a Comment