Budak Perempuan darjah 6 Dirogol bergilir-gilir






PUCHONG: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa lelaki dikenalinya serta beberapa lagi lelaki selepas dia dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota, Ahad lalu.

Difahamkan, budak perempuan itu ke rumah rakan perempuannya di Puchong Perdana, tetapi berlaku perselisihan faham menyebabkan dia keluar dan menghubungi seorang rakan lelakinya berusia 20-an yang tinggal berhampiran.

Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila dia bukan saja diperkosa lelaki itu, malah beberapa lagi rakan lelaki berkenaan.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dibawa ke rumah lelaki berkenaan terlebih dulu, sebelum dibawa berjumpa beberapa lagi lelaki, juga berusia awal 20-an.

“Dia dibawa menunggang motosikal ke ibu kota dan beberapa jam kemudian, mereka pulang ke rumah lelaki terbabit kerana kepenatan.

“Lelaki itu menyuruh mangsa tidur di rumah berkenaan dan berjanji menghantarnya pulang esok dan budak perempuan itu tidur dalam sebuah bilik berasingan,” katanya.

Menurut sumber, seorang lelaki menyuruhnya membuka pintu bilik dengan alasan mahu mengambil bantal.

“Sebaik membuka pintu, mereka masuk ke dalam bilik lalu memegang mangsa, meraba tubuhnya sebelum memperkosanya bergilir-gilir,” katanya.

Katanya, mangsa berjaya menyusup keluar selepas suspek kepenatan sebelum meminta bantuan seorang rakan dan membuat laporan polis, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan kejadian.-Gambar Hiasan

sumber

0 Response to "Budak Perempuan darjah 6 Dirogol bergilir-gilir"

Post a Comment