Kawan saya yang mengendalikan kerja-kerja pembersihan di pejabat di Johor Bahru, bercerita mengenai masalah pekerja. Dia mempunyai berpuluh orang pekerja termasuk warga tempatan dan asing.
Masaah utama di dalam kerjanya adalah untuk mencari pekerja.
Dia selalu panggil pemotong rumput warga Bangladesh secara sambilan dengan bayaran yang agak tinggi.
Apabila nampak pekerja Bangla ini kerja bagus, dia hendak ambil pekerja Bangla ini secara tetap dengan gaji RM 1,500 sebulan, termasuk rumah percuma dan kemudahan lain termasuk permit kerja.
Bagaimanapun, pekerja Bangla ini menolak. Kenapa tolak ?
Boleh Dapat Lebih 5,000 Sebulan?
Akhrnya kawan saya ini dapat jawapannya. Iaitu pekerja Bangla ini bekerja potong rumput dari rumah ke rumah dengan bayaran lumayan.
Contohnya, kerja memotong rumput di sebuah rumah taman sebesar saiz meja makan, bayaran yang dikenakan adalah RM 20. Kerja memotong dan menyapu rumput seluas ini hanya memakan masa tak sampai 10 minit.
Dalam sehari, Bangla ini kayuh basikal dan potong rumput dari rumah ke rumah dalam berpuluh-puluh rumah. Kawan saya ini congak-congak, rupanya Bangla ini lebih lumayan dengan bekerja sendiri.
Kita Kena Rajin
Saya bawa cerita ini, supaya kita orang tempatan rajin bekerja untuk menambah pendapatan yang halal. Kalau orang asing boleh bekerja, kenapa ada orang kita yang kata tak ada kerja.
Kalau orang asing boleh rajin berusaha, kenapa ada orang kita yang lebih suka habiskan masa dengan hiburan dan cerita hantu saja. - WaAllahu'alam.
0 Response to "Cerita Bangla Potong Rumput Boleh Dapat RM5000 Sebulan"
Post a Comment