Curi Duit Tabung Masjid Ketika Solat Jumaat

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencuri duit tabung derma masjid berisi wang tunai bernilai RM44.40 sekitar jam 2 petang pada 2 Mei lalu di Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot.


Curi Duit Tabung Masjid Ketika Solat Jumaat

Tertuduh, Razuan Ahmad Nazri, 32, dari Kampung Padang Nenas, Mengabang Telipot mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim dan meminta dibicarakan.

Majistret menetapkan 18 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan tertuduh ditawarkan jaminan sebanyak RM2,500 oleh seorang penjamin.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda manakala bagi kesalahan kedua dia boleh dipenjara atau dikenakan denda atau sebat.

Dalam kejadian 2 Mei itu, pengadu, A. Karim Mohd, 61, yang ketika itu selesai solat Jumaat dimaklumkan petugas masjid telah menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung kutipan masjid.

Setelah memeriksa lelaki itu, pengadu mendapati terdapat tiga bekas plastik tabung masjid di dalam beg kain warna ungu lelaki berkenaan.

Menurut pengadu, sebelum ini wang masjid itu telah beberapa kali dicuri. Lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dustan Muda lapor Sinar Harian.








sumber

0 Response to "Curi Duit Tabung Masjid Ketika Solat Jumaat"

Post a Comment