Dua pembantu rumah kepada aktres jelita Fasha Sandha telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan akibat mencuri wang suaminya, Rizal Ashram di kediaman rumah mereka bertempat di Duta Suria, Ampang.
Menurut laporan sebuat portal berita, dua pembantu rumah tersebut yang bernama Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, masing-masing berasal dari Indonesia mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia di rumah majikannya.
Kejadian berkenaan dilaporkan telah berlaku sekitar 9.45 malam bertarikh 12 Mac yang lalu dan ketika ditahan, polis telah menemui wang tunai berjumlah RM200 pada kedua pembantu rumah itu.
Antara fakta pada hari kejadian, Rizal telah dimaklumkan pembantu peribadinya bahawa jirannya menyedari rumahnya telah ditinggal tidak berkunci dan kedua-dua pembantu rumahnya telah hilang.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar hukuman diringankan dan sempat memberitahu kepada mahkamah bahawa duit yang diambil itu bertujuan untuk pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan bersama keluarga.
Majistret Zulyana Zolkapli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada dua pembantu rumah tersebut.
0 Response to "Dua pembantu rumah Fasha Sandha dipenjara"
Post a Comment