Dua Penyokong Wanita Bola Sepak Didenda Kerana Koyak Al-Quran

Di London - Dua wanita yang merupakan penyokong bola sepak didapati bersalah kerana mengoyak helaian kitab al-Quran semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris sebelum mereka melemparkan cebisan kertas itu ke udara.


Dua Penyokong Wanita Bola Sepak Didenda Kerana Koyak Al-Quran

Salah seorang penyokong tersebut, Julie Phillips, 50, mengoyakkan muka surat kitab suci Islam itu dan memberikannya kepada rakan-rakannya.

Phillips dan seorang lagi rakannya yang merupakan penyokong pasukan Middlesbrough, Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di sebuah mahkamah atas kesalahan melanggar ketenteraman awam dalam perkara berkaitan agama.

Kejadian itu berlaku semasa peringkat kedua Liga Kejuaraan antara tuan rumah Birmingham City dan Middlesbrough yang berkesudahan seri 2-2 di Stadium St Andrew pada 7 Disember tahun lalu.

Semasa menjatuhkan hukuman, Majistret Gordon Sayers berkata, ia merupakan perlakuan yang sangat tidak menyenangkan dan perbuatan mereka telah dirakam litar televisyen tertutup.

Phillips telah diarahkan membayar denda sebanyak £730 (RM4,022) dan Parkin £620 (RM3,416) sebagai kos mahkamah dan denda tambahan kepada mangsa.
















sumber

0 Response to "Dua Penyokong Wanita Bola Sepak Didenda Kerana Koyak Al-Quran"

Post a Comment