Aktres jelita, Emma Maembong akui terkejut apabila mendapat khabar bahawa dirinya bakal disaman oleh syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE) apabila didakwa telah melanggar kontraknya dengan berlakon dalam telefilem "Bintang Hati" tanpa pengetahuan pihak pengurusan WFE.
"Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya. Mereka kata, walaupun kontrak saya tamat pada Mac 2014, tetapi saya masih lagi berada di bawah pengurusan mereka memandangkan ada beberapa kontrak iaitu dari segi sebagai duta untuk beberapa jenama akan tamat dalam masa tiga bulan lagi.
"Justeru mereka mencadangkan pada saya, bawa hal tentang kerjaya lakonan, mereka serahkan pada saya untuk uruskan sendiri. Sementara mengenai hal sebagai duta untuk beberapa produk yang saya wakili, mereka akan uruskan sehingga kontrak saya tamat. Atas perbincangan mulut ke mulu, pihak pengurusan dan saya bersetuju," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Tambah Emma lagi, pihak produksi yang menawarkannya berlakon memberitahu bahawa WFE yang memberikan nombor telefonnya.
"Mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya. Kenapa pula tiba-tiba hendak dakwa saya langgar kontrak? Saya tak ambil 'job' dalam diam."
Dalam pada itu, kekasih kepada pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak ini berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
"Sebenarnya saya tak berseida apa-apa pun untuk berdepan dengan saman tersebut kerana tiada apa yang perlu dilawankan. Mungkin salah saya juga sebab semasa persetujuan ketika pertemuan tempoh hari, kami tiada apa-apa 'black & white' kerana saya percaya mereka.
"Mungkin mereka ada kontrak awal saya dan di situ mereka menang. Tapi apapun saya sayang WFE kerana kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya."

Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Emma terkejut bakal disaman pihak Wire Fame"
Post a Comment