Erin Malek Akan Mengumumkan Tarikh Perkahwinannya Tidak Lama lagi



Pelakon muda berbakat, Erin Malek bakal mengumumkan sesuatu kepada pihak media dan para peminatnya mengenai hubungan percintaannya bersama jejaka 'F' pada Jun ini.

Pengumuman yang bakal dibuat oleh juara "Fear Factor" musim kedua ini dijangka berkisar mengenai tarikh pertunangan mahupun majlis perkahwinannya.

Menurut laporan media tempatan, Erin sudah pun membuat perancangan untuk berkahwin dan berharap mereka yang menantikan perkhabaran itu bersabar kerana pengumuman akan diadakan tidak lama lagi.

Erin memberitahu dirinya kini sedang bahagia bersama jejaka tersebut yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram beberapa bulan yang lalu.

"Saya baru kenal dia bulan Januari lepas, setiap hari dia 'like' gambar saya dan hantar 'smiley' dan kemudian selepas itu kami bertukar nombor telefon," ujar Erin mengenai bibit awal perkenalan mereka.

Dalam pada itu, Erin juga menyifatkan jejaka yang lebih berusia 10 tahun darinya itu sangat baik dan sentiasa menyokong kerjayanya serta menganggap sebagai sahabat baik tempat untuk berkongsi suka duka.

Dalam perkembangan lain, Erin bakal muncul dengan filem "Awak Nak Kahwin Dengan Saya?" sebagai teraju utama dan bakal meneruskan musim baru drama bersiri "Misiku Kuza" bersama aktor Arja Lee dan Hairul Azreen. ~ Sumber

0 Response to "Erin Malek Akan Mengumumkan Tarikh Perkahwinannya Tidak Lama lagi"

Post a Comment