Fazura Terasa Bila Neelofa Tulis Perihal ‘Hipokrit’?




SEMALAM, menerusi ruangan ‘Nota Neelofa’ dalam Harian Metro, pelakon dan pengacara Neelofa telah berkongsi pandangannya melalui artikel bertajuk ‘Padah Jika Terlalu Lantang’.

Ia menyentuh mengenai keterbukaan sesetengah individu termasuklah selebriti untuk berkongsi hal peribadi yang sepatutnya tidak perlu diperbesar-besarkan kepada umum termasuklah perihal rumahtangga.

Neelofa juga turut menegur sikap artis yang dianggapnya hipokrit termasuklah menggunakan kata-kata positif atau nama Allah bagi menggambarkan kebaikan mereka.

“Menggunakan kata-kata positif berkaitan agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul, memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.

“Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu.

“Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan ‘move on’ atau Lofa lebih selesa berdiam diri.

“Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadap mereka yang ingin menjatuhkan kita,” tulisnya.




Biar pun kata-katanya itu tidak menyentuh secara spesifik nama individu tertentu, kelihatan seperti ada yang terasa dengan tulisannya itu.

Artis jelita, Nur Fazura menerusi akaun Twitternya mengemaskini statusnya seolah-olah merujuk kepada apa yang ditulis oleh Neelofa itu.

Kalau benar, tak tahulah mengapa Fazura perlu terasa kerana artikel tersebut lebih bersifat umum.

Apa pun, hanya tuan empunya diri saja yang lebih mengerti maksud yang tersirat di sebalik ‘tweet’nya itu.

sumber

0 Response to "Fazura Terasa Bila Neelofa Tulis Perihal ‘Hipokrit’?"

Post a Comment