Selepas bekas model Playboy Felixia Yeap memberikan kata-kata pedas kepada beberapa pihak yang cuba mengaibkannya baru-baru ini, kali ini di laman Facebooknya beliau cuba memberi motivasi kepada orang ramai. Felixia memaparkan gambarnya sedang memegang sekeping resit baki sebuah bank dengan baki akaunnya berjuta-juta.
“Siapalah yang kaya sampai tahap ni?.. Hmm.. tapi tak mengapa kalau akaun bank tak melimpah sebegini.
“Biar kaya iman, kaya budi bahasa, kaya pengetahuan dan kaya pahala.. daripada kaya dalam bank akaun, tapi miskin untuk dunia akhirat,” katanya menyindir pedas.
Resit bank berkenaan tertulis baki sebanyak RM7,000,987.35 yang memang melimpah ruah duitnya.
Dihujung status Facebooknya, rupa-rupanya slip bank berkenaan adalah resit yang direka untuk tujuan penggambaran bagi sebuah drama telemovie hari ini.
Felixia pada satu artikel dilaporkan di Mynewshub hanya menunggu sahaja saat beliau akan memeluk Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Di laman Facebooknya atas nama Felixia Yap pun sudah berlumba-lumba lelaki yang pelbagai jenis nak berkenalan dan mahu menjadikan Felixia sebagai teman hidup.
Kita berharap Felixia yang cantik jelita ini akan segera memeluk Islam dan boleh menggunakan keayuan dan kebaikannya untuk menarik ramai lagi wanita untuk berhijab dan menjadi Muslimah yang baik.
Sumber : newmalaysianpost.com
0 Response to "Felixia Yeap tunjuk kekayaan resit bank baki RM 7 juta"
Post a Comment