Ikat Ayam Pada Kemaluan, Lelaki Yahudi Ditahan Polis



Paris - Seorang seniman bernama Steven Cohen didapati bersalah kerana mengadakan '' Pameran Seksual '' dalam sidang mahkamah, Isnin ( 5/5/2014 ) .

The Telegraph melaporkan , seniman Yahudi itu dinyatakan bersalah kerana mengikat seekor ayam di kemaluannya di tengah pameran aeroangkasa berhampiran Menara Eiffel . 

Steven lalu lalang bertelanjang sambil membawa ayam yang diikat pada ' belalainya ' . Beberapa minit kemudian lelaki itu ditahan dan dibawa ke balai polis . '' Apabila saya menunjukkan bahagian tubuh saya yang paling rahsia , saya berteriak : Saya lelaki ! Saya Yahudi ! Saya Homo ! dan saya berkulit putih , '' kata Steven .

Ia menjelaskan bahawa ayam bernama Franck itu tidak disakiti selama pameran . '' Saya pilih ayam kerana menjadi simbol Perancis ' ujar seniman yang dikenali sering bikin pameran aneh. 

'' Jika saya terbukti bersalah , maka hal itu sama dengan kegagalan sistem undang-undang  di Perancis , '' kata Steven Cohen yang dituntut pendakwa dengan denda sebanyak 1,000 Euro.

sumber

0 Response to "Ikat Ayam Pada Kemaluan, Lelaki Yahudi Ditahan Polis"

Post a Comment