Aktor popular Filipina, Jericho Rosales selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, blogger, model dan pengacara TV terkenal, Kim Jones, kelmarin.
Majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu berlangsung pada jam 4 petang di Hotel Shang Ri La, Pulau Boracay, Filipina.
Jika Jericho, 34, segak dengan sut rona pastel, Kim, 26, pula tampil menawan dengan gaun warna putih pada majlis bertemakan perkahwinan di tepi pantai yang menjadi impian pasangan kekasih berkenaan.
Dalam pertemuan eksklusif bersama wakil Rap ketika penggambaran drama bersiri Kusinero Cinta di Melbourne baru-baru ini, pemilik nama sebenar, Jericho Vibar Rosales mengakui hatinya terbuka untuk bercinta semula selepas bertemu dengan Kim pada 2011.
“Kami diperkenalkan seorang rakan dalam satu majlis. Hanya dua bulan selepas pertemuan itu barulah Kim menghantar Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk bertanya khabar.
0 Response to "Jericho Rosales Belum Mahu Anak"
Post a Comment