Aktor kacak, Kamal Adli mengakui bakal menamatkan zaman solonya bersama kekasih hati aktres cantik Intan Ladyana selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
Menurut laporan sebuah portal hiburan tempatan, Kamal mendedahkan dirinya bersama Intan telah pun mendaftarkan diri untuk menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini.
"Persiapan untuk berkahwin masih belum lagi tetapi saya bersama pasangan saya sudah pun mendaftar kursus nikah, baru saja daftar.
"InsyaAllah, seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini kalau bukan tahun ini, tahun depan kami akan berkahwin. Saya pun seperti dah dah dapat 'seru'," katanya sambil ketawa.
Semoga apa yang dirancang dipermudahkan untuk mereka berdua dan pastinya para peminat tidak sabar untuk menyaksikan pasangan serasi ini disatukan kelak.
Sementara itu, Kamal turut bersyukur kerana impiannya untuk berlakon dalam sebuah filem aksi akhirnya tercapai dalam filem "Abang Long Fadil" hasil arahan Syafiq Yusof.
"Bila dapat peluang ini, saya memang tidak akan mensia-siakan, tambahan lagi saya berpeluang melakukan semua aksi sendiri. Walaupun kaki saya terkehel, namun saya puas hati," katanya yang memegang watak Adam di dalam filem tersebut.
Dirinya turut melahirkan rasa berbangga dapat bergandingan bersama pelakon hebat seperti Zizan dan Syamsul.
Filem ini merupakan kesinambungan kepada "KL Gangster" dan bakal ditayangkan bermula 29 Mei ini di pawagam yang berdekatan.
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Kamal Adli Dan Inta Ladyana Bakal Nikah"
Post a Comment