Kerana Miang, 5 Pelajar Wanita Dicekup



BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.

Mohd Nazri Yusof, Hakim Syarie menjatuhkan hukuman tersebut apabila beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.

Mereka ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut lebih kurang jam 9.15 pagi dan mereka semua didapati tiada ikatan yang sah ketika serbuan dijalankan, sehingga boleh menimbulkan syak mereka melakukan khalwat.


Kesemua mereka termasuk dua lelaki berusia 18 tahun itu dibicarakan di bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membentangkan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah.

Penguat Penguatkuasa Agama terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu tersebut.

ketika pemeriksaan dijalankan, terdapat sebuah bilik berkunci dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.

Nik Mohd Shahril berkata lagi, remaja perempuan berkenaan memberitahu penguat kuasa hanya mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.

Kesemua tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong Keda.

Anak pemilik rumah berkenaan turut terlibat, manakala seorang lagi rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

0 Response to "Kerana Miang, 5 Pelajar Wanita Dicekup"

Post a Comment