Kes Kantoi Bercuti Di Thailand, Hanez Dan Romie Saman MAS | Pelakon kontroversi, Hanez Suraya Abdul Aziz dan kekasihnya, Romie Razin Aidilha Abd Jais memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) hari ini atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.
Rupanya, benarlah desas-desus sebelum ini, Hanez Dan Kekasih Kantoi Pergi Bercuti Lagi? . Ingatkan saja-saja khabar angin atau fitnah orang. :-)
Notis tuntutan saman itu difailkan melalui peguamnya, Harjit Sandhu melalui sistem pemfailan elektronik (e-filing).
![]() |
Tiket penerbangan percutian yang sepatutnya menjadi rahsia. |
Sehubungan itu, artis yang popular dengan drama rantaian 'Love You Mr. Arrogant' itu menuntut ganti rugi teladan daripada syarikat penerbangan nasional itu. - sumber: Kosmo!
0 Response to "Kes Kantoi Bercuti Di Thailand, Hanez Dan Romie Saman MAS"
Post a Comment