Model Argentina Saman Google Isu Web Lucah




BUENOS AIRES – Mahkamah Agung Argentina pada Khamis mendengar hujah seorang model wanita yang menuntut supaya Google menurunkan pauntan laman web lucah dan menyaman enjin carian Internet itu kerana dia bukan pekerja seks.

Maria Belen Rodriguez, 30, bertindak menyaman Google dan Yahoo lapan tahun lalu berhubung pauntan enjin carian yang menunjukkan gambar-gambar bukan erotiknya.

Dua tahun lalu Yahoo mematuhi arahan itu dan membayar denda 42,000 peso (USD 5,200). Bagaimanapun Rodriguez menuntut lebih daripada itu.

Namun Google enggan mematuhi arahan mahkamah.

Sebuah mahkamah sivil sebelum ini memutuskan kes berkenaan memihak kepada model itu.

Kes ini timbul apabila terdapat sesetengah laman web memaparkan imej Rodriguez dikelilingi oleh imej lucah.

Selain itu apabila pengguna Internet klik pada namanya, ia membawa pautan ke laman web lain yang turut memaparkan imej lucah wanita lain.

“Pada satu hari ayah saya melakukan carian nama saya di Google dan dia terus dipautkan ke laman web porno.

“Ini menyebabkan saya berhadapan masalah. Saya kehilangan peluang pekerjaan kerana perkara in,” kata Rodriguez.

Keputusan Mahkamah Agung dijangka diketahui pada Jun depan. – AFP

0 Response to "Model Argentina Saman Google Isu Web Lucah"

Post a Comment