“Kami menggunakan ayam sebagai umpan dan disangkut pada mata kail. Pagi semalam apabila ke sungai, kami lihat seekor buaya tersangkut padanya,” kata Ismail Tahir, 39, penduduk Kampung Sageng, di sini, selepas tertangkapnya reptilia itu, semalam.
![]() |
Mok Pawang Berjaya Tewaskan Raja Buaya |
Ismail berkata, pawang terbabit memasang kail berumpankan ayam dua hari sebelum itu kerana penduduk bimbang apabila buaya itu semakin kerap muncul.
“Kebimbangan penduduk berakhir apabila buaya yang kerap muncul di sungai berdekatan kampung ditangkap.
Reptilia itu kerap muncul di permukaan air sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan penduduk tidak berani turun ke sungai.
“Ketika ditangkap, buaya air masin ini masih hidup, namun mati selepas dua jam dinaikkan ke darat.
Walaupun kes serangan buaya di kampung ini belum pernah berlaku, kemunculan buaya besar ini membimbangkan penduduk kerana masih ramai menjalankan aktiviti harian di sungai,” katanya.
0 Response to "Mok Pawang Berjaya Tewaskan Raja Buaya"
Post a Comment