Kuala Berang: Meskipun cacat kaki dan tangan, namun semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, yang sudah empat bulan bergelar murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), dekat sini, tidak pernah luntur sebaliknya dia semakin bersemangat menuntut ilmu.
![]() |
Nur Damia Irsalina, Kanak-Kanak Istimewa Yang Berjiwa Besar !.. |
Ibunya Rosnaini Mohamad, 35, berkata, dia gembira apabila melihat Nur Damia Irsalina semakin ceria dan bersemangat ke sekolah, malah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pembelajaran.
“Ramai guru memuji Damia cepat belajar dan sentiasa bersemangat di sebalik kekurangan dirinya, malah rakan sekelas yang sentiasa memberi dorongan menguatkan lagi tekadnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
![]() |
NUR Damia Irsalina membaca buku di dalam kelasnya. |
“Dia juga suka berdikari dan menolak dengan baik apabila ada guru atau rakan hendak membantu menolak kerusi rodanya ke kantin pada waktu rehat, sebaliknya dia mahu berusaha sendiri,” katanya. - HMetro
![]() |
NUR Damia Irsalina bergerak menggunakan kerusi roda elektrik. |
0 Response to "Nur Damia Irsalina, Kanak-Kanak Istimewa Yang Berjiwa Besar !.."
Post a Comment