Operasi SAR MH370 Perkukuh Hubungan Tentera Udara Malaysia-China

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan hubungan antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLAAF) dan rakan sejawatnya dari Malaysia, kata Kolonel Kanan Tentera Udara China, Liu Dian Jun.


Operasi SAR MH370 Perkukuh Hubungan Tentera Udara Malaysia-China

“Adalah sedih kerana kita tidak mencapai matlamat kita dalam operasi ini tetapi kami telah menerima sokongan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam misi keseluruhan.

“Saya berharap kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera udara akan kekal selama-lamanya,” katanya pada Sabtu.

Sentimen Liu itu disuarakan oleh Brigadier Jeneral TUDM, Datuk Sanusi Samion yang mengatakan bahawa hubungan di antara kedua-dua tentera udara berkembang berikutan misi SAR.

“Malah pegawai-pegawai dari kedua-dua negara tinggal di bangunan yang sama di Perth, Australia.

“Apa yang penting bagi saya adalah kedua-dua tentera udara mengekalkan hubungan yang mesra antara satu sama lain,” katanya.

Sanusi turut memuji PLAAF kerana usahanya yang amat besar ditunjukkan dalam mencari serpihan pesawat yang hilang.

“Bagi pihak TUDM dan negara, kami mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kerja keras dan pengorbanan anda,” katanya.







Dua buah pesawat IL-76 milik pasukan Tentera Udara China bersama 38 krew dari Australia yang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) MH 370 selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang, di Subang pada Sabtu.-Mstar








sumber

0 Response to "Operasi SAR MH370 Perkukuh Hubungan Tentera Udara Malaysia-China"

Post a Comment