Pesawat A380 Singapore Airlines Langgar Aerobridge




Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat miliknya telah mengalami kemalangan apabila ia terlanggar bahagian pada jambatan menaiki pesawat (aerobridge) pada semalam.

Menurut seorang jurucakap SIA kepada Channel News Asia, penerbangan SQ231 iaitu sebuah pesawat baru jenis Airbus A380 berlepas dari Singapura ke Sydney.

Ia mendarat di Sydney pada pukul 10.25 pagi semalam dan kemudiannya terlanggar aerobridge berkenaan.

“Tiada kecederaan ke atas 285 orang penumpang dan 26 orang anak kapal,” katanya.

Ketika ini pesawat berkenaan sedang dalam kerja-kerja baik pulih.

Ekoran insiden berkenaan, penerbangan keluar dari Sydney ke Singapura dengan pesawat sama terpaksa dibatalkan dan ia memberi kesan kepada para penumpang yang turut telah menempah penerbangan lain.

Jurucakap SIA bagaimanapun enggan memberi komen berkenaan keadaan cuaca ketika insiden berkenaan berlaku tetapi memaklumkan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Rabu lepas, satu penerbangan SIA tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon di Myanmar. 

0 Response to "Pesawat A380 Singapore Airlines Langgar Aerobridge"

Post a Comment