Masih ingatkah tentang kisah cinta sejati ala Romeo and Juliet, yang dikarang oleh novelis terkenal legenda, William Shakespeare? Rupanya ada pasangan kekasih yang mengikuti jejak Romeo dan Juliet tersebut.
![]() |
Raymond Oswell dan Victoria Kish-Donovan |
Mereka ialah Raymond Oswell dan Victoria Kish-Donovan. Cavendish Press Keduanya pertama kali bertemu tahun 2005, ketika Victoria masih berumur 17 tahun dan Raymond Oswell berumur 24 tahun .
Dari hubungan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak yang kini berusia 6 tahun dan 5 tahun.
Akan tetapi, setelah 7 tahun hidup bersama dalam hubungan cinta kasih, Victoria didapati curang. Raymond pernah melihat Victoria sering pergi menemui lelaki lain.
Mengetahui bahawa Victoria cuba untuk memulakan hubungan baru dengan lelaki lain, Raymond yang merasa sakit hati, memutuskan untuk pergi dari rumah tersebut.
Tidak hanya itu saja, khabar seterusnya menyebutkan bahawa pada tarikh 21 Jun 2012, Raymond menggantung dirinya pada sebuah pohon yang tidak jauh dari rumah yang ditinggalinya bersama Victoria itu.
Mendengar khabar tragis itu, Victoria merasa bersalah dan terus meratapi pergi lelaki yang telah mengisi hidupnya selama 7 tahun itu. Victoria selalu datang ke pokok tersebut, dengan meletakkan bunga dan nota yang mengandungi kata-kata “Selamanya bersama. Aku mencintaimu Ray”.
Hingga pada akhirnya, wanita yang sudah mempunyai seorang putera usia 8 tahun dari hasil hubungannya yang terdahulu itu, juga ikut menggantung diri di pokok yang sama kerana tidak sanggup menahan duka yang begitu mendalam atas kepergian Raymond.
Dipetik dari Dailymail.co.uk , keluarga Victoria menjelaskan seberapa putus asanya Victoria sebelum dia melakukan aksi bunuh diri pada pokok yang sama dengan yang digunakan Raymond untuk menggantung dirinya.
Menurut kata keluarga Victoria, wanita yang masih terlalu muda itu, selalu tidur dengan foto-foto Raymond di biliknya, dia juga tidak berhenti menangis dan melawat pokok tersebut.
Seperti orang stres, Victoria tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk meneruskan hidupnya.
Tepat pada 7 Julai tahun 2012 lalu , ibu dari 3 orang anak ini menghabisi nyawanya dengan cara dan tempat yang sama seperti apa yang dilakukan kekasihnya itu.
Sungguh malang nasib ketiga anak yang ditinggal ayah dan ibunya kerana masalah cinta terlalu mendalam.Daily Mail
0 Response to "Sepasang Kekasih Mengantung Diri Di Pokok Yang Sama Demi Cinta"
Post a Comment