(Tahniah) Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan

Pelakon dan pengacara terkenal, Liyana Jasmay selamat bersalin dan melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram kira-kira jam 7.40 malam Isnin di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Liyana, Datin Habsah Simpon yang dihubungi Utusan malaysia sebentar tadi memberitahu, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan stabil dan selamat. Untuk pengetahuan, Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan berkahwin pada 2 Februari tahun lalu.





sumber

0 Response to "(Tahniah) Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan"

Post a Comment