Beijing: Seorang lelaki memfailkan tuntutan cerai ke atas isterinya selepas dia membawa anak mereka ke sebuah pulau tropika untuk menjauhi jerebu teruk yang melanda bandar raya ini.
Menurut lelaki itu, hubungan jarak jauh itu telah memusnahkan perkahwinan mereka.
Lelaki yang dikenali sebagai Wang, berkahwin pada 2008 dengan isterinya dan dikurniakan anak lelaki dua tahun kemudian., lapor Beijing Times.
Kisah keluarga berkenaan mendapat liputan meluas.
Namun anak mereka dilapor menghidapi masalah kesihatan yang serius kerana pencemaran udara Beijing, menyebabkan si isteri membawa anaknya ke pusat peranginan di selatan Hainan untuk melepaskan diri dari jerebu.
Bagaimanapun isterinya tidak menyukai Hainan dan juga tidak suka berenggang dengan suaminya Tetapi, apabila bertemu semula, mereka bergaduh, lapor akhbar itu.
Disebabkan bosan dengan apa yang terjadi, Wang memfailkan perceraian di mahkamah Beijing.
“Jerebu ‘membunuh” kesihatan anak saya dan ia juga ‘meruntuhkan’ perkahwinan saya,” kata Wang. - Sumber: myMetro

sumber
Related Posts :
DJ Terkenal, David Guetta Bercerai Selepas 24 Tahun PerkahwinanDeejay selebriti terkenal, David Guetta, 47, dan isterinya, Cathy Guetta, 47, dilaporkan sudah mengakhiri ikatan perkahwinan yang dibina sej… Read More...
Adam dan Fiza sah berceraiSpekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di … Read More...
Tak Tahan Didera Punca Abby Abadi Dan Noor Farhan BerceraiBiar betul ni? fuhhh.. Ustazah mee segera paling alim dialam semesta dera laki sendiri? Tak takut masuk neraka ke Ustazah? Bukan kitorang k… Read More...
Terkini Bahaya Jerebu, Boleh Menyebabkan Laki Bini Bercerai ! Beijing: Seorang lelaki memfailkan tuntutan cerai ke atas isterinya selepas dia membawa anak mereka ke sebuah pulau tropika untuk menjauhi … Read More...
Selepas Bercerai, Erra Kembali ‘Bersatu’ Dengan Awie ?
SETELAH bercerai, Erra Fazira dan bekas kekasihnya, Awie akan ‘bersatu’ kembali.
Namun bukanlah sebagai sang kekasih, tetapi sekadar menge… Read More...
0 Response to "Terkini Bahaya Jerebu, Boleh Menyebabkan Laki Bini Bercerai !"
Post a Comment