Seremban: Kegiatan sebuah hotel bajet berhampiran Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, yang menawarkan potongan RM15 bagi pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur sempena cuti Harian Pekerja, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, semalam.
Hotel tiga tingkat itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 2.30 petang.
Jurucakap polis berkata, 12 pelacur tempatan berusia antara 23 hingga 50-an dan sembilan pelanggan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penawaran seks.
Beliau berkata, hotel yang beroperasi lebih 10 tahun itu menyasarkan cuti umum sempena Hari Pekerja bagi menarik lebih ramai pelanggan dengan memberikan potongan RM15.
“Risikan dijalankan mendapati, pemilik menyediakan khidmat pelacur dengan bayaran antara RM30 hingga RM50 mengikut usia.
“Bagaimanapun, sempena Hari Pekerja, mereka memberikan potongan sehingga RM15 kepada setiap pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat pelacur,” katanya.
Menurutnya, hasil serbuan itu, 12 pelacur tempatan dan sembilan pelanggan membabitkan dua lelaki tempatan, manakala selebihnya warga Indonesia serta Bangladesh.
Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 60-an dipercayai penjaga premis.
Sementara itu, wartawan berkesempatan menemubual pelacur tempatan dikenali Shida, 23, dari sebuah FELDA di Pahang yang kononnya dibayar gaji RM600 sebulan.
Katanya, dia tiada pilihan melainkan bekerja di premis pelacuran berikutan tidak mendapat pekerjaan lain.
Ketika pemeriksaan, seorang lelaki berusia 50-an yang juga pelanggan merayu supaya dibebaskan dengan memberi alasan anaknya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
0 Response to "Video: Hotel Bajet Seremban Tawar Pelacur Diskaun RM15 Hari Buruh"
Post a Comment