New Jersey - Seorang wanita AS mencetuskan kontroversi selepas merakam proses pengguguran yang dilakukannya dan kemudian memuat naiknya ke laman YouTube.
Dalam video berdurasi sekitar tiga minit itu, Emily Letts (25) kelihatan menjelaskan mengapa dia ingin menggugurkan kandungannya kerana dia belum bersedia untuk mempunyai seorang anak.
Video itu, yang sudah ditonton 73,000 orang, mencetuskan pro dan kontra antara para aktivis anti-pengguguran dan mereka yang menyokong keputusan Emily Letts itu.
"Saya merasa sangat selesa dengan keputusan ini dan mendapat sokongan dari banyak orang. Saya hanya ingin berkongsi kisah saya," kata Emily dalam video itu sebelum proses pengguguran berlangsung.
Selanjutnya, adegan berganti dan memaparkan Emily sedang menjalani seluruh prosedur pengguguran. Wajahnya boleh dilihat dengan jelas dalam video itu dan beberapa kali perempuan itu kelihatan menarik nafas dalam-dalam.
Selama proses pengguguran itu, Emily dalam keadaan sedar dan hanya mendapatkan pembiusan setempat. Lalu video itu memaparkan Emily, yang bekerja Cherry Hill Women's Center di New Jersey, enam minggu selepas pengguguran itu.
"Saya tidak merasa menjadi orang jahat (kerana melakukan pengguguran). Saya juga tak merasa sedih, " kata Emily .
"Saya merasa gembira sebab terbukti boleh mengandung. Saya boleh memberikan kehidupan. Saya yakin apa yang saya lakukan benar kerana hal ini benar untuk saya dan bukan untuk orang lain," Emily menegaskan.
Saksikan video di bawah:
0 Response to "Wanita AS Muat Naik Video Pengguguran Kandungannya Ke YouTube !.."
Post a Comment