10 GAMBAR "RINGAN-RINGAN" IZRENN AZMINDA & AMAR TIDAK HORMAT WAKTU EDDAH




BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pelakon Izreen Azminda menerusi akaun Instagramnya, pasti anda perasan yang dia kini kerap memuatnaik gambar ‘mesra’ bersama Amar Baharin.

Justeru, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah mereka mempunyai hubungan istimewa sedangkan pelakon itu masih lagi dalam tempoh edah selepas diceraikan dengan talak satu oleh bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin, awal bulan lalu.

Jangan salah sangka ya! Sebenarnya, gambar-gambar tersebut hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri mereka yang sedang hangat ditayangkan di TV3 iaitu ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’.

Hal itu dijelaskannya menerusi sebuah sisipan akhbar tempatan.

Menurutnya lagi, gambar tersebut hanyalah untuk menarik perhatian penonton dan tidak lebih daripada itu.

Bagaimanapun, memandangkan penggambaran drama itu sudah berakhir, Izreen memberitahu dia akan memperlahankan sedikit aktiviti luarnya sebagai menghormati tempoh edah. MYNEWSHUB





0 Response to "10 GAMBAR "RINGAN-RINGAN" IZRENN AZMINDA & AMAR TIDAK HORMAT WAKTU EDDAH"

Post a Comment