Bapa Tikam Anak Kerana Racun Kakak Sendiri




Amman: Seorang lelaki membunuh anak lelakinya yang memaksa kakaknya meminum racun hingga mati.

Menurut jurucakap polis, bapa berkenaan mengaku menikam anak lelakinya selepas dia memaksa kakaknya meminum racun kerana disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Akhbar di Jordan memetik jurucakap polis sebagai berkata, keluarga itu tinggal di Taj di Amman, tetapi tidak menyebut nama keluarga atau umur mereka. - Agensi

0 Response to "Bapa Tikam Anak Kerana Racun Kakak Sendiri"

Post a Comment