Dato AC' Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?


Rasa ramai yang dah tahu bahawa Dato' AC Mizal kini sudah pun bernaung sebagai artis Sony Music Malaysia.



 Dato AC' Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru? , hiburan, info, terkini, luna maya, ac mizal



Perkara tersebut pernah dinyatakan sendiri oleh Dato' AC Mizal dalam posting twitternya tidak berapa lama dulu dan susulan daripada itu, Dato' Ac Mizal bakal muncul dengan single barunya.





 



Mesti ada yang tertanya-tanya apakah Dato' AC Mizal akan menyanyi secara solo dalam single barunya itu atau masih lagi meneruskan kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain?

Apa yang Murai Batu diberitahu Dato' AC Mizal akan terus berganding dengan penyanyi-penyanyi lain kerana fokusnya lebih kepada rapping dan dia lebih gemar begitu.

Okey, sebelum ni Dato' Ac Mizal pernah berganding dengan Rafidah Ibrahim dan Stella Band menerusi lagu Apa Kono Eh Jang 2012 dan kemudian dia berkolaborasi pula dengan Mawi menerusi lagu Al-Haq... Yang Satu.

Menerusi single baru Dato' AC Mizal bersama Sony Music Malaysia, dapat tahu Pengacara Lelaki TV Popular ABPBH2013 ini akan menampilkan si jelitawan dari Indonesia, Luna Maya sebagai penyanyi gandingannya. Menarikkan...






Sangat teruja bila dapat tahu tentang projek baru Dato' Ac Mizal ini, malah tak sabar-sabar nak dengar hasil kolaborasi mereka bersama. Mesti mantap!

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Dato AC' Mizal Bakal Duet Dengan Luna Maya Dalam Single Baru?"

Post a Comment