Gambar Shila Amzah Dengan Dua Panda Gergasi Yang Comel




Ketika rakyat Malaysia masih menunggu saat dan ketika untuk mula melawat dua ekor beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, penyanyi tersohor negara di China Shila Amzah telah pun berpeluang melihat panda.

Video Shila memeluk seekor beruang panda yang comel dan sedang memakan buluh dimuatnaik di laman video YouTube semalam.

Para peminat Shila pastinya cemburu apabila penyanyi yang sedang menjalani kerjaya sebagai penyanyi di China itu dilihat begitu dekat dengan panda dan dapat memeluknya.

Panda berkenaan juga dilihat tiada masalah dipeluk oleh Shila sambil terus memakan buluh yang sememangnya makanan asas mereka.

Untuk rekod, beruang panda hanya boleh ditemui di China dan tiada di mana-mana negara lain di dunia. Beruang jenis itu yang berada di zoo seluruh dunia adalah hasil pinjaman dari negara China untuk tempoh tertentu.

Malaysia baru sahaja menerima panda pinjaman mereka bulan lepas yang bernama Fu Wa dan Feng Yi. Mereka dijangka akan mula dapat dilawati orang ramai tidak lama lagi.

Nama mereka juga akan ditukar selepas ini dan nama baru pasangan panda berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fu Wa dan Feng Yi kini berada di pusat khas perlindungan Panda yang dibina khusus di Zoo Negara. 

0 Response to "Gambar Shila Amzah Dengan Dua Panda Gergasi Yang Comel"

Post a Comment