GAMBAR TANAM KUCING, PRESIDEN KELAB KUCING MALAYSIA MINTA PENJELASAN DARI HARIAN METRO



Kelab Kucing Malaysia hari ini meminta Harian Metro memberi penjelasan penuh mengenai gambar yang dipilih sebagai pemenang dalam sebuah peraduan kongsi gambar akhbar Metro pada Isnin semalam yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak bersama seekor kucing yang ditanam sehingga paras kepala.

Presiden Kelab, Khalid Rashid berkata ianya sangat melampau walaupun tujuannya hanyalah untuk bergurau.

"Ini namanya menyeksakan haiwan dan bukanlah satu yang melucukan tapi menyedihkan," katanya.

Tahap pemikiran pengadil yang memilih gambar tersebut juga dipertikaikan kerana tidak berfikir akan baik dan buruknya gambar tersebut.

Kelab itu juga mendesak akhbar Metro memohon maaf kepada pencinta haiwan sedunia. - My Media Hub

0 Response to "GAMBAR TANAM KUCING, PRESIDEN KELAB KUCING MALAYSIA MINTA PENJELASAN DARI HARIAN METRO"

Post a Comment