Jamu Tetamu Dengan Air Paya Berperisa Sirap


Sebuah keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan anak mereka baru-baru ini terpaksa menghidangkan minuman berperisa sirap dengan menggunakan sumber daripada paya air berdekatan kediaman mereka.



terkini, info, renungan, Jamu Tetamu Dengan Air Paya Berperisa Sirap




Hal ini disebabkan kegagalan pembekal air majlis tersebut iaitu Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghantar air pada hari tersebut.



 



Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail, 47, berkata mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Menurut Nik Hassan, keluarganya terpaksa menggunakan air paya kerana sudah tiada sumber bekalan air lain yang boleh didapati di kawasan itu.


“Kami sungguh sedih kerana terpaksa mengunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa mengunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun, saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku."katanya.







Sumber: sosejroll.blogspot.com

0 Response to "Jamu Tetamu Dengan Air Paya Berperisa Sirap"

Post a Comment