Kes Pelajar UPM Kena Ragging


7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) didakwa telah kena ragging oleh sepuluh orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.








Kes Pelajar UPM Kena Ragging , info, terkini, berita,
Gambar Hiasan



Dalam kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada Khamis yang lalu, tujuh pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.





 



Tidak cukup dengan itu, mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan.

Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar dengan arahan tersebut, pelajar kurang bernasib baik itu akan diapa-apakan oleh pelajar senior itu.

Kerana tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.



Sumber : aans1.blogspot.com

0 Response to "Kes Pelajar UPM Kena Ragging"

Post a Comment