Lelaki Pemakan Manusia Dibebaskan Dari Tuduhan




Moscow: Seorang lelaki Russia yang mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya dibebaskan oleh mahkamah semalam.

Saki-baki mayat Andrei Kurochkin ditemui di pedalaman wilayah Amur di timur jauh Russia sejurus selepas dua rakannya diselamatkan pada 29 November 2012.


Alexei Gorulenko, 39, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, tetapi dikenakan hukuman tertunda kerana menyebabkan kecederaan, lapor akhbar Siberian Times.



Lelaki ketiga, Alexander Abdullaev, 38, hanya dipanggil untuk menjadi saksi walaupun dia mengaku kepada mahkamah bahawa dia memakan mayat Kurochkin, tetapi bukan kerana lapar. “Saya ada alasan lain,” katanya.


Balu Kurochkon, Olga Kurochkin, berang dengan keputusan mahkamah.



“Saya terkejut dengan keputusan itu. Tidak ada siapa yang menyangka kes ini akan berakhir sebegini. Orang yang makan mayat suami saya bebas dengan hukuman tertunda. “Saya tidak dapat mengagak apa yang berada dalam fikiran hakim,” katanya.



Pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Gorulenko. Undang-undang Russia tidak menganggap amalan kanibal sebagai jenayah. - Agensi

0 Response to "Lelaki Pemakan Manusia Dibebaskan Dari Tuduhan"

Post a Comment