Maut dilanggar lari


Sepang: Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dilanggar lari sebuah kereta di Lebuh Raya Putrajaya Cyberjaya-Pintasan Dengkil kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.








Maut dilanggar lari, berita, info, terkini, nahas jalan raya, kemalangan,
Lokasi kejadian mangsa dilanggar lari. Gambar kecil, Muhammad Danial Arif Hamid.



Difahamkan mangsa, Muhammad Danial Arif Hamid, 18, menunggang motosikal dari Dengkil menghala ke Puchong sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

 



Berikutan itu, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pada masa sama, kereta yang dipercayai melanggar mangsa turut memecut laju meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.






Sumber : hmetro.com.my

0 Response to "Maut dilanggar lari"

Post a Comment