Maut Ditembak Selepas Doa Isteri Selamat




SERDANG : Niat murni seorang suami mengunjungi kuil bagi mendoakan isteri dipermudah untuk melahirkan anak sulung mereka, bertukar tragedi selepas dia maut ditembak dari jarak dekat, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8 malamitu, mangsa, A Ragan, 31, seorang ahli perniagaan kedai bunga, kedai solekan pengantin dan syarikat keselamatan di Puchong serta Klang disahkan maut di lokasi selepas ditembak dari jarak kira-kira 20 meter dari kuil oleh lelaki tidak dikenali.


Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke keretanya bersama tiga lagi ahli keluarga, rebah apabila dua daripada empat tembakan dilepaskan suspek mengenai kepala dan dadanya.

Anak saudara mangsa, Kalidasan Parmasivam, 15, berkata, mereka berempat pergi ke kuil di Jalan Bandar 3, Puchong, itu bagi mendoakan keselamatan ibu saudaranya yang bakal melahirkan anak sulung mangsa.

“Sebaik selesai menjalankan upacara berkenaan, kami bertiga berjalan ke arah kereta, saya nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari ke arah pak cik (mangsa) dari arah belakang. “Tiba-tiba dia melepaskan beberapa tembakan yang mengenai pak cik menyebabkannya jatuh.

Lelaki itu kemudian berjalan ke arah pak cik dan melepaskan satu das tembakan di kepalanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.-BH

0 Response to "Maut Ditembak Selepas Doa Isteri Selamat"

Post a Comment