Di Klang Selatan, satu mayat lelaki
dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi pagar sebuah
sekolah.
Kejadian disedari oleh orang awam yang melalui
kawasan itu kira-kira pukul 7 pagi tadi setelah terlihat mangsa terbaring
berlumuran darah.
Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Klang Selatan, Superitendan Goh Lee Fook, mangsa dipercayai ditetak dengan objek tumpul.
Wang tunai dan dokumen pengenalan diri mangsa
turut ditemui.
Mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang 12
jam.
Motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang - sumber: tv3
0 Response to "Mayat Ditemui Dengan Kesan Tetakan Di Tepi Pagar Sekolah"
Post a Comment