Gosip antara Erra Fazira dan Shahir AF8 juga antara topik hiburan yang hangat ketika ini. Menerusi sebuah program tv, Shahir telah beri kenyataan mengenai hubungannya dengan Erra Fazira. Bagaimanapun kenyataan Shahir itu telah disalah anggap. Shahir dikatakan sedang berkawan rapat dengan Erra dan mereka sedang mengenal hati budi masing-masing.
Sebelum ini, Erra sudah menepis gosip tersebut dan mendakwa kenyataan Shahir telah dimanipulasikan oleh pihak media. Hari ini, menerusi portal GUA, Shahir telah diberi kesempatan untuk menjelaskan situasi sebenar. Menurut Shahir, dia tidak pernah membuat kenyataan bahawa dia sedang intim atau rapat dan sedang mengenali hati budi Erra.
“Saya ditemuramah oleh media hLive! dan mereka bertanyakan jika saya berkawan dan mengenali Erra. Saya jawab ya. Tapi saya tak pernah kata kami intim. Apabila tajuk di blog dan beberapa media menulis kami berkawan rapat dan sedang intim, saya jadi pelik. Maklumlah, kadang-kadang orang menilai menerusi tajuk semata-mata. Tapi jika lihat semula video temuramah tersebut, saya memang tidak ada menyebut perkataan intim,” jelas Shahir akui dia pernah keluar berdua dengan Erra atas urusan kerja.
“Memang kami pernah keluar bersama kerana Erra ingin menawarkan satu watak untuk teater yang bakal dijayakan bersama Erma Fatima. Tapi saya tak dapat memberi komitmen untuk teater tersebut kerana saya sedang fokus dengan single terbaru saya. Kami memang pernah keluar berdua dan ada masa ada juga orang lain tapi semuanya atas dasar kerja,” kata Shahir.
Tambah Shahir, dia memang sudah menjangkakan isu ini akan timbul setelah pertemuan tersebut memandangkan mereka berjumpa di tempat awam. Jelasnya, tak ada salahnya mereka berjumpa kerana mereka tidak melakukan perkara yang tak elok.
“Kalau kami jumpa di tempat tersembunyi, mesti isu ni jadi lagi besar. Tapi kami jumpa di tempat awam dan saya rasa buat apa nak sorok-sorok. Kami bukan buat perkara tak senonoh. Hanya bincang tentang kerja. Kalau saya nak menyorok, mungkin saya akan keluar pakai topeng,” seloroh Shahir.
Sumber : ammboi.com
0 Response to "SHAHIR AF8 BERI PENJELASAN ISU GOSIP DENGAN ERRA FAZIRA"
Post a Comment